Sejarah Ringkas
Mula ditubuhkan pada 1 Julai, 1954 sebagai salah sebuah Jabatan yang dikenali sebagai
Jabatan Adat Istiadat Negara, Ugama dan Kebajikan Masyarakat yang ditempatkan di Pejabat
Besar, Bangunan Setiausaha Kerajaan (sekarang dikenali sebagai Bangunan Sekretariat).
Penubuhannya adalah atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan
Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien (sekarang dikenali sebagai Al-Marhum Sultan
Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien) dengan melantik Yang Teramat Mulia Seri
Paduka Pengiran Pemancha Sahibul Rae' Wal Mashuarah Pengiran Muda Haji Mohamed Alam
sebagai Pegawai Adat Istiadat, Ugama dan Kebajikan Masyarakat.
Pada 29 September, 1959 dengan tertubuhnya Pejabat Ugama
maka tinggallah Jabatan yang
dikenali dengan Jabatan Adat Istiadat Negara dan Kebajikan Masyarakat. Pada tahun 1962
Pejabat Kebajikan Masyarakat telah menubuhkan pejabatnya sendiri. Sejak itu Pejabat Adat
Istiadat Negara telah menjadi sebuah jabatan yang bersendirian yang diketuai oleh pegawai
yang sama. Pada tahun 1968 Jabatan Adat Istiadat telah berpindah ke Bangunan Lapau.
Sejak ditubuhkan, Jabatan Adat Istiadat Negara telah dikurniakan keistimewaan untuk
berhubung terus kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai dengan penganugerahan penghormatan
negara kepada seseorang individu.