
 |
Tugas-Tugas Bahagian
Tugas dan Tanggungjawab Setiap
Bahagian.
1. Bahagian Pentadbiran.
a). Unit Pentadbiran.
-
Mengendalikan tugas-tugas pentadibiran pejabat seperti failing, persuratan, kebajikan
kakitangan dan perkara-perkara yang berkaitan.
-
Meneliti bentuk dan ukuran barang yang terkawal seperti Lambang-Lambang Peribadi,
Lambang Kerajaan dan Bendera Brunei Darussalam serta apa jua barang-barang yang
mengandungi lambang-lambang berkenaan.
-
Bertanggungjawab dalam pengawasan dan pemeliharaan kenderaan-kenderaan di jabatan ini.
b). Unit Alat-Alat Kebesaran.
-
Mengendalikan dan mengawasi penyimpanan serta memelihara Alat-Alat Perhiasan dan
Alat-Alat Kebesaran yang ada dalam jagaan Jabatan Adat Istiadat.
-
Menyimpan dan memelihara alat-alat perkakas pecah-belah, kerusi dan bendera dan
sebagainya.
2. Bahagian Protokol.
a). Unit Majlis Beristiadat
-
Menyediakan dan memproses surat/kad jemputan bagi
majlis-majlis beristiadat dan majlis-majlis rasmi kerajaan.
-
Menyediakan rajah susunan kedudukan bagi para
jemputan secara lengkap untuk satu-satu istiadat atau majlis.
-
Menyediakan Alat-Alat Perhiasan dan Alat-Alat Kebesaran Diraja bagi majlis-majlis yang
beristiadat.
b). Unit Data dan Maklumat
-
Mengemaskinikan gelaran-gelaran, Bintang-Bintang
Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan termasuk kenaikan pangkat,
pertukaran jawatan dan jabatan
bagi Pembesar Negara, Duta-Duta dan Pesuruhjaya Tinggi serta Pegawai-Pegawai
Kerajaan.
-
Membuat perangkaan dan kaji selidik bagi peningkatan
keramaian jemputan di satu-satu istiadat atau majlis.
3. Bahagian Pemberigaan.
a). Unit Penyelidikan dan Arkib
-
Mengendalikan penyelidikan mengenai barang-barang yang berhubungkait dengan adat
istiadat termasuklah Adat Istiadat Diraja, Adat Istiadat Kaum-kaum di negara Brunei serta
Keturunan Kerabat Diraja serta orang-organg yang dikurniai gelaran.
-
Menyimpan dan menjilid buku-buku, risalah-risalah serta chiri-chiri, surat-surat
tauliah, doa selamat, surat jemputan dan sebagainya.
b). Unit Sebaran Maklumat dan Rekabentuk.
-
Menjilid makalah dan teks yang berhubungkait dengan Adat Istiadat Diraja dan Adat
Istiadat kaum-kaum di negara ini.
-
Mengendalikan aktiviti-aktiviti ceramah, taklimat, seminar dan bengkel mengenai Adat
Istiadat bagi Jabatan-Jabatan Kerajaan, Persatuan-Persatuan dan Belia-Belia serta
Penuntut-Penuntut di negara ini.
-
Menyediakan lukisan-lukisan mengenai rekabentuk Alat-Alat Kebesaran bagi kegunaan
teks-teks cermah serta lukisan kad-kad jemputan, buku program dan sebagainya.
|